Thursday, January 2, 2020

UCAPAN PENGARAH PROMOSI / DUTA



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang ke dunia perniagaan TLMSB.

Sebagai makluman tuan / puan TLMSB ditubuhkan pada 6/04/2009. Beroperasi di Kuala Lumpur dan dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. TLMSB merupakan syarikat yang berdaftar mengikut Akta 1963 dan menjalankan perniagaan, mengedar produk minyak pelincir,produk kecantikan, penjimat elektrik dan jangka panjang berbagai produk akan dikeluarkan mengikut keperluan semasa.
Usahawan adalah istilah untuk orangnya, keusahawanan adalah istilah untuk bidang kerjayanya.

Jika diteliti, perkataan keusahawanan lebih menumpukan kepada kebolehan, kemahiran sikap dan keinginan seseorang Usahawan.

Jika semua dimensi ini seimbang, maka wujudnya seorang Usahawan yang berkualiti, berdaya saingan dan mantap.

Atas sebab itulah apabila kita membicarakan mengenai keusahawanan, kita sebenarnya fokus kepada menyediakan seseorang Usahawan itu agar mantap dalam 3 dimensi yang saya sebutkan tadi.

Dengan cara ini seseorang Usahawan itu dapat merancang, menubuhkan dan mentadbirkan perniagaannya dengan baik.

Syarikat TLMSB kini merancang untuk melahirkan masyarakat Usahawan Bumiputra yang berjaya. Sehubungan dengan itu TLMSB telah merancang strategik latihan pembangunan keusahawanan dari masa ke semasa.

Sistem pendidikan yang berterusan tersangat penting sekali kerana itu akan menentukan arah tuju dan tahap prestasi sesebuah Organisasi / syarikat dalam perniagaan global. Kelulusan Akademik dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang belum dapat menjamin kejayaan jika individu tersebut tidak mempunyai motivasi jatidiri.

Setiap orang mempunyai peluang untuk berjaya dengan syarat mereka mesti memberi peluang diri sendiri sebagai cabaran, mereka yang gagal bukan tidak mempunyai kelebihan tetapi disebabkan gagal melihat apa yang ada di dalam diri sendiri iaitu bakat dan kebolehan.

“Berjaya” adalah istilah yang umum. Keputusan anda, iaitu memilih untuk berjaya, adalah keputusan yang bijak. Separuh dari kejayaan sudah berada ditangan anda, separuh lagi memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh, yang penting anda mesti tahu dimana anda berada dan kemana anda akan pergi.
Anda perlu berfikir dengan betul untuk bertindak dengan betul. Pilihlah untuk berjaya bersama TLMSB. 



NAZREY JOHANI

Saturday, January 2, 2010